ULAR sawa sepanjang lima meter  ditangkap anggota bomba dalam sebuah reban ayam di Kampung Titi Kasai, kelmarin.
ULAR sawa sepanjang lima meter ditangkap anggota bomba dalam sebuah reban ayam di Kampung Titi Kasai, kelmarin.
HM Digital

Taiping: Seekor ular sawa sepanjang lima meter ditangkap anggota bomba di dalam sebuah reban ayam di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, di sini, tengah malam kelmarin.

Ketua Operasi Balai Bomba Batu Kurau Nazri Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 12.25 tengah malam mengenai kejadian itu.

Katanya, anggota bertugas di lokasi kejadian mendapati terdapat seekor ular sawa berlingkar di dalam sebuah reban ayam dan difahamkan haiwan berkenaan sudah memakan beberapa ekor ayam di dalam reban itu sebelum anggotanya tiba.

Nazri Yusof berkata, ular sawa itu kemudian dilepaskan di kawasan hutan berdekatan dan operasi tamat jam 12.50 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 10:07 AM