APM Bintulu menunjukkan ular sawa sepanjang lima meter berjaya ditangkap di Kampung Jabai, Bintulu.
APM Bintulu menunjukkan ular sawa sepanjang lima meter berjaya ditangkap di Kampung Jabai, Bintulu.
Erika George


SEORANG wanita yang mahu memberi makan kepada ayam peliharaannya terkejut apabila mendapati seekor ular sawa melingkar dalam reban ayam di Kampung Jabai Jalan Tanjung Batu, Bintulu, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 8.15 pagi, wanita berusia 50-an terperanjat dengan kehadiran reptilia itu lalu terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk meminta bantuan.

Jurucakap APM berkata, tiga anggota dari cawangan Bintulu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 8.20 pagi.

“Sebaik tiba, kami mendapati seekor ular sawa sepanjang lima meter sedang melingkar selain turut menelan ayam peliharaan wanita itu.

“Ular berjaya ditangkap menggunakan penjerut kira-kira 15 minit kemudian,” katanya.

Katanya selepas ditangkap, ular berkenaan diletakkan dalam kantung khas dan dibawa ke pejabat APM Bintulu untuk tindakan lanjut.

“Ular atau haiwan berbisa berjaya ditangkap akan dilepaskan ke habitat asal atau dihantar ke Taman Tumbina Bintulu untuk dipelihara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 4:25 PM