ULAR sawa batik yang ditangkap dalam reban ayam.
ULAR sawa batik yang ditangkap dalam reban ayam.
HM Digital

Port Dickson: “Sebaik tiba di reban ayam, saya tidak terdengar bunyi pelik sebelum dikejutkan dengan objek berlingkar dalam keadaan kekenyangan,” kata Sharifah Mohd Noor ketika menceritakan penemuan ular sawa batik sepanjang 2.5 meter dalam reban ayam miliknya di Taman Abu Zarim di sini, kelmarin.

Menurutnya, kejadian disedari sekitar jam 4 petang ketika mahu memberi ayamnya makan dalam reban yang baru disiapkan seminggu lalu.

“Pada ketika itu, saya tidak mengesyaki sesuatu hinggalah ternampak ular sawa dianggarkan seberat 12 kilogram berlingkar.

“Pada masa sama, saya mendapati seekor daripada ayam peliharaan sudah dibaham ular berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 5:26 AM