MANGSA diberi rawatan awal selepas terjatuh dari tangga bilik enjin kapal kargo. FOTO ihsan bomba
MANGSA diberi rawatan awal selepas terjatuh dari tangga bilik enjin kapal kargo. FOTO ihsan bomba
Faliq Lajim


LELAKI warga Vietnam dipercayai patah tulang belakang selepas terjatuh dari tangga di bilik enjin kapal kargo MV Thai Bin Bay di Pelabuhan Klang, petang semalam.

Le Van Phong, 28, adalah kru kapal berkenaan yang dalam perjalanan dari Ko Si Chang, Thailand menuju ke Chittagong, Bangladesh.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 10.59 malam semalam.

"Tujuh anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi.

"Kita dapati seorang anak kapal terjatuh di dalam bilik enjin dan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan tengkuk," katanya.

Mohd Sani berkata, pihaknya membuat rawatan awal sebelum mengeluarkan mangsa.

"Mangsa dihantar ke sebuah hospital swasta di Klang dengan menggunakan ambulans pelabuhan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 8:49 PM