Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui terapung di Dataran Pinggiran Sungai Kerian, Bandar Baharu. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui terapung di Dataran Pinggiran Sungai Kerian, Bandar Baharu. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Mayat lelaki dipercayai menghidapi masalah mental ditemui terapung di Dataran Pinggiran Sungai Kerian, Bandar Baharu berhampiran sempadan Parit Buntar, Kerian di sini, pagi ini.

Mayat Choo Meng Joo, 41, dari Sungai Bakap, Pulau Pinang ditemui pekerja binaan yang menjalankan projek membaik pulih ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB), di situ jam 11 pagi ini.

Difahamkan mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada Selasa lalu.

Turut ditemui kereta Perodua Myvi kepunyaan mangsa yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.

Jurucakap polis ketika ditemui mengesahkan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2017 @ 3:49 PM