MAYAT lelaki yang ditemui terapung sekitar 3.8 batu nautika dari pantai di Perairan Tanjung Piandang. FOTO Ihsan APMM
MAYAT lelaki yang ditemui terapung sekitar 3.8 batu nautika dari pantai di Perairan Tanjung Piandang. FOTO Ihsan APMM
BERNAMA

MAYAT lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Piandang, Parit Buntar, petang semalam.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Kuala Kurau Lt. Kdr Mohamad Zainal berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat itu daripada sekumpulan nelayan pada 5.25 petang.

“Sebuah bot peronda APMM digegaskan ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin Kuala Kurau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya pemeriksaan ke atas mayat terbabit tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mayat dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Oktober 2018 @ 9:23 AM