AHMAD Dzaffir (dua kanan) menunjukkan batang mop yang digunakan untuk mengertak mangsa. FOTO Nabihah Kamal
AHMAD Dzaffir (dua kanan) menunjukkan batang mop yang digunakan untuk mengertak mangsa. FOTO Nabihah Kamal
Nabihah Kamal

 

DUA penyamun kedai serbaneka ditahan bersama hasil samun termasuk wang tunai RM30 selepas sejam melakukan jenayah itu di Taman Anggerik Perdana, Kajang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan ditahan polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak rokok hasil samun dalam beg suspek yang masing-masing berusia 19 dan 18 tahun itu.

"Wang hasil samun sebanyak RM30 turut dirampas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari ini.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek itu positif syabu.

Katanya, suspek menggunakan batang mop sebagai senjata ketika menyamun. 

"Suspek mengaku sudah melakukan tujuh samun di sekitar daerah Kajang.

"Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman selama lima hari bermula 5 Ogos hingga 9 Ogos," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2017 @ 8:02 PM