Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya. FOTO Amir Abd Hamid
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya. FOTO Amir Abd Hamid
Amir Abd Hamid


BEKAS Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar, 67, yang pernah menabur bakti dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 39 tahun meninggal dunia, 11.52 malam tadi.

Allahyarham yang menerima rawatan jantung di Pusat Perubatan Prince Court menghembuskan nafas terakhir di hospital di sisi isteri, Puan Sri Rohaini Ali, 64, dan anak tunggal, Wan Lukman Hadi Wan Abu Bakar, 21, serta ahli keluarga lain.

Wan Lukman berkata, jenazah bapanya selamat disemadikan kira-kira 9.30 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Selangor.

"Solat jenazah abah selesai tadi di Masjid Abu Bakar al-Siddiq, SS19 sebelum dibawa ke sini untuk dikebumikan.

"Selepas solat Maghrib hari ini dan esok akan diadakan majlis tahlil. Saya meminta orang ramai khususnya yang mengenali arwah mendoakan kebaikan roh abah," kata siswa Universiti Taylor itu ketika ditemui selepas selesai pengebumian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2017 @ 10:55 AM