ANTARA judul yang dicalonkan. FOTO beautyandbook.com
ANTARA judul yang dicalonkan. FOTO beautyandbook.com
Hayati Ibrahim


SEBANYAK 34 judul buku terbitan Malaysia dicalonkan untuk anugerah 'The Beauty and The Book Award 2017', iaitu hadiah pilihan pembaca bagi rekaan buku tercantik di peringkat antarabangsa.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, acara tahunan anjuran Yayasan Kesenian Buku dan Pesta Buku Frankfurt (FBF) memberi peluang kepada masyarakat di seluruh dunia untuk memilih rekaan buku kesukaan masing-masing melalui undian secara dalam talian.

"Kementerian Pendidikan mengalu-alukan seluruh rakyat untuk memilih buku yang difikirkan mempunyai peluang yang besar untuk menang di laman sesawang www.beautyandbook.com.

"Undian akhir dan pengumuman pemenang akan dibuat di FBF pada 14 Oktober ini," katanya.

Menurutnya, Buku 'Und dann platzt der kopf' karya Christina Röckl adalah penerima sulung anugerah ini pada 2014.

Bagi kategori Kanak-Kanak dan Remaja, buku yang dicalonkan ialah My Owl Family Tree (Mohd Khairul Azman); Puteri Gunung Ledang, Legendary Princesses of Malaysia, My Father's Farm, My Mother’s Garden, My Mother's Kitchen dan Lil' Guardian Alphabet (Emila Yusof); Biring Sikunani (Emila

Yusof, Rahimin Zahari); serta Tulip the Dog that Ate Nightmares dan Kailash (Khairul Azmir Shoib,

Quek Sue Yian).

Turut dicalonkan ialah Timun Emas; I'm Sorry (Evi Shelvia); The Tremendous Trio (Evi Shelvia, Quek

Sue Yian); Frog Loses His Memory (Evi Shelvia, AH Benjamin); We Love Trees (Evi Shelvia/Rossiti Aishah Rashidi); Siti The Elephant, Puteri Tioman The Green Turtle (Farrah Ashiela Samsuri, Rossiti Aishah Rashidi); Pak Belang The Tiger (Widiyatno, Rossiti Aishah Rashidi); The Magic Buffalo dan Longhouse Days (Jainal Amambing).

Selain itu, Land Below the Wind, Puteri Gambus (Awang Fadilah); Fun at the Opera (Susanna Goho, Quek Sue Yian); Grandma Lim's Persimmons (Marjorie Van Heerden/SunitaLal); The Last Dream of the Old Oak Tree (Chooi Ling Keiong, Hans Arthur Andersen); Health, Wealth and Happiness (Chooi Ling Keiong); Menageri dan Pip's Peculiar Problem (Lim Lay Koon).

Sementara bagi kategori Buku Seni, buku yang dicalonkan adalah Buku Mother & Child dan Elephabet karya Yusof Gajah serta Fleeting Moments karya Emila Yusof.

Bagi kategori Kesusasteraan Am, buku yang dicalonkan ialah Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu (Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Kerajaan Negeri Kelantan, MINSTRA serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara); Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua (ITBM dan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia); dan The Eternal Storm–Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah (ITBM dan E-Magineers (M) Sdn. Bhd).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 8:59 PM