SULTAN Nazrin berkenan untuk melancarkan buku The Malays: Pathfinders and Trailbalzers diiringi Ramli (kiri) dan Sakri (kanan). FOTO Asyraf Hamzah
SULTAN Nazrin berkenan untuk melancarkan buku The Malays: Pathfinders and Trailbalzers diiringi Ramli (kiri) dan Sakri (kanan). FOTO Asyraf Hamzah
Redzuan Muharam


KualaLumpur: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku terbaharu tulisan Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Tan Sri Ramli Ngah Talibberjudul The Malays: Pathfinders and Trailblazers terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (IBM) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 diWorld Trade Centre (WTC), di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin pada 10 pagi disambut Ramli Ngah Talib dan tetamu kenamaan yang hadir.

Dalam ucapannya, Sultan Nazrin bertitah menyeru negara untuk mengekalkan nilai yang membawa kemakmuran pasca kemerdekaan kepada semua masyarakat walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Baginda bertitah, negara juga mesti memperjuangkan dan kekal sebagai contoh kepelbagaian budaya.

"Di peringkat global, kita sedang menghadapi tiga krisis yang terukkesan Covid-19

pandemik, perang di Ukraine, dan krisis makanan yang semakin meningkat.

"Cabaran gabungan ini memaksa negara untuk memikirkan semula globalisasi.

"Pandemik mengurangkan hubungan antara negara, syarikat dan orang ramai. Rantaian bekalan global goyah, pertumbuhan ekonomi global menguncup, dan harga tenaga dan makanan melambung tinggi.

"Bagaimanapun,seperti yang dimaklumkan oleh buku ini, selama berabad-abad lamanya, tanah kepulauan Melayu dibuka

kepada aliran perdagangan, modal, buruh,idea danketerbukaan terhadap pengaruh asing inilah yang membentuk siapa kita, dan membantu untuk menjadikan kita berjaya," titah baginda.

Hadir sama, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (Bersara) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainiddin, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mah Hang Soon, Setiausaha Kerajaan Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBM Sakri Abdullah.

Menurut Sakri, istimewanya buku The Malays: Pathfinders And Trailbalzers adalah kerana isi kandungannya sangat sesuai dengan peranan dan fungsi ITBM sebagai pusat pengantarabangsaan karya terbaik Malaysia daripada pelbagai tema penulisan.

Katanya, buku itu juga sebuah naskhah yang patut dibawa ke persada dunia untuk dinikmati dan didalami oleh segenap lapisan warga masyarakat.

"Sebagai sebuah badan yang melaksanakan dan membangunkan industri terjemahan, ITBM melihat usaha pengantarabangsaan persuratan Melayu ke persada dunia menerusi aktiviti terjemahan merupakan satu bentuk pemindahan ilmu yang sangat efektif.

"Khalayak pembaca bukan sahaja dapat menyerap ilmu daripada luar dan menyesuaikannya dengan budaya tempatan, malah masyarakat antarabangsajuga dapat mengenali serta memahami budaya juga nilai estetika tradisi Melayu.

"Aktiviti pemindahan ilmu menerusi terjemahan juga merupakan satu bentuk usaha silang budaya yang mengembalikan kita kepada peribahasa Melayu yang menyebut 'tak kenal, maka tak cinta."

"Usaha menyebarluaskan ilmu dan budaya Melayu ke serata dunia harus dilakukan secara konsisten untuk membina impak dan fenomena yang berterusan sehingga meresap ke dalam pemikiran masyarakat," katanya.

Sementara itu, Ramli ketika berucap menzahirkan penghargaan kepada Sakri dan kakitangan ITBM dalam penerbitan buku penulisannya.

Beliau turut berterima kasih kepada Sasterawan Negara Professor Emiritus Muhammad H Salleh kerana memberi pengenalan pada buku penulisannya selain pelukis terkenal, Amirudin Ariffin yang melahirkan lukisan kulit buku serta Raia Ahmad

Amuinullah yang menyemak buku penulisannya.

"Terima kasih juga kepada semua yang menjadi tempat saya bergantung paut dalam usaha saya menerbitkan buku ini termasuklah ahli keluarga.

"Saya harap buku ini akan dibaca dengan fikiran yang terbuka agar kita semua rakyat Malaysia melangkah lebih tegas ke hadapan berbekalkan keyakinan tinggi pada kemampuan yang terpahat dalam sejarah temadun kita," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Jun 2022 @ 2:52 PM