KHALID Salleh. FOTO Arkib NSTP
KHALID Salleh. FOTO Arkib NSTP
Hafizah Iszahanid


PELAKON dan pengarang terkemuka, Khalid Salleh atau lebih dikenali sebagai Wak Khalid meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada jam 3.20 petang hari ini.

Pemergian seniman kelahiran Selangor berusia 70 tahun itu disahkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Selain dikenali sebagai pelakon berwibawa hingga pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 di Taipei pada 1998 menerusi filem Jogho, beliau turut menghasilkan tiga buku yang diterbitkan ITBM.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Julai 2018 @ 4:37 PM