Hazsyah Abdul Rahman


GERAKAN mencari dan menyelamat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang hilang di muaran Sungai Kinabatangan, Kinabatangan diteruskan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di sepanjang sungai Tundun Bohangin dan Mumiang membabitkan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

"Operasi itu turut membabitkan dua bot penyelamat. Tumpuan operasi di sepanjang Tundun Bohangin dan Mumiang iaitu lokasi dilaporkan bot terbalik, " katanya ketika dihubungi.

Semalam, mayat Koperal Walter Dennis ditemui di perairan itu, pada kira-kira 2 petang.

Bagaimanapun, Koperal Muhd Hanip @ Musley masih belum ditemui.

Mereka bertugas di pos kawalan PGA Tundun Bohangin dan dipercayai keluar memancing di muara Sungai Kinabatangan, kira-kira 5 petang kelmarin.

Berita berkaitan

Anggota PGA lemas, seorang lagi hilang

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 2:03 PM