Pejabat Ketua Direktorat Akhbar dan Maklumat (DGPI) Pejabat Perdana Menteri Republik Turki dengan kerjasama Persatuan Jurugambar dan Wartawan Turki mengadakan pameran foto bagi memperingati kejadian rampasan kuasa pada 15 Julai 2016.

Pameran itu dirasmikan Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu di Ankara, kelmarin.

Wakil agensi media dari beberapa negara termasuk Malaysia turut dijemput mengikuti program itu.

Dalam ucapannya, Soylu berkata, foto yang dipamerkan itu memperlihatkan pengalaman yang tidak dapat dijelaskan melalui penulisan atau pertuturan.

“Mereka (rakyat yang berjuang mempertahankan demokrasi) adalah legenda dan memberi kekuatan kepada negara ini,” katanya.

Beliau berkata, tarikh 15 Julai memberi mereka semangat untuk melalui sejarah ke masa depan dan memaparkan komitmen serta kesetiaan kepada demokrasi.

“15 Julai memberi kita kesedaran menjadi satu bangsa sekali lagi pada abad ke-21.

“Ia adalah hari yang memperlihatkan apa yang boleh dilakukan untuk sebuah negara dan untuk umat manusia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 11:54 AM
PENGUNJUNG melihat gambar yang dipamerkan sempena   memperingati kejadian rampasan kuasa pada 15 Julai 2016.
PENGUNJUNG melihat gambar yang dipamerkan sempena memperingati kejadian rampasan kuasa pada 15 Julai 2016.