A damaged vehicle is seen after a blast in Istanbul, Turkey, December 10, 2016. REUTERS/Murad Sezer
A damaged vehicle is seen after a blast in Istanbul, Turkey, December 10, 2016. REUTERS/Murad Sezer


Istanbul: Dua puluh sembilan orang, kebanyakannya anggota polis terbunuh dan 166 lagi cedera dalam dua serangan bom, lewat malam tadi.

Kejadian berlaku selepas satu perlawanan bola sepak membabitkan pasukan terkenal Turki, Besiktas.

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu, berkata 27 daripada yang terbunuh ialah anggota polis dan dua lagi orang awam.

Bercakap kepada wartawan di Istanbul, Suleyman berkata, 10 suspek ditahan berhubung serangan itu.

Serangan pertama membabitkan sebuah bom kereta yang meletup di luar stadium Besiktas.

Ia disusuli dengan satu lagi letupan 45 saat kemudian yang dilakukan oleh seorang pengebom berani mati yang meletupkan dirinya di tengah sekumpulan anggota polis.

Pihak berkuasa Turki percaya kedua-dua serangan itu berkait.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan kumpulan yang bertanggungjawab.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 11:43 AM