Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Hidayah Hassan, 15, diminta menghubungi ibunya, Sariah Suboh di talian 01125818763. - Foto Ihsan PDRM
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Hidayah Hassan, 15, diminta menghubungi ibunya, Sariah Suboh di talian 01125818763. - Foto Ihsan PDRM
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


SEORANG remaja perempuan orang kurang upaya penglihatan dilaporkan hilang sejak 1 Julai lalu, selepas keluar dari rumah kakaknya di Guar Nangka, Arau, Perlis, berikutan perselisihan faham.

Ibunya, Sariah Suboh, 50, berkata dia sekeluarga gagal mengesan anak bongsunya, Nur Hidayah Hassan, 15, berada dan lebih merisaukan anaknya itu tidak memiliki telefon bimbit menyebabkan sukar dihubungi.

Menurutnya, kali terakhir dia melihat Nur Hidayah ketika remaja itu keluar dari rumah mereka di Kampung Padang Behor, Kangar, pada 2 petang, 1 Julai lalu.

“Hidayah beritahu dia mahu ke rumah kakaknya, Murni, 23, di Guar Nangka, Arau.

“Kakaknya yang sudah berkahwin, datang menjemput adiknya itu kira-kira 2 petang," katanya yang dihubungi hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, dia mula bimbang apabila Hidayah tidak pulang selepas seminggu ke rumah kakaknya lalu menelefon Murni.

“Murni beritahu mereka bertengkar sebelum Hidayah keluar dari dari rumahnya pada petang 1 Julai lalu,

"Dia (Murni) juga terkejut dan tidak menyangka adik bongsunya itu tidak pulang ke rumah saya," katanya.

Sariah berkata, dia sekeluarga amat bimbang dengan keselamatan anaknya dan berharap Hidayah selamat dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu supaya menghubunginya di talian 01125818763.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew mengesahkan menerima laporan dibuat ibu remaja perempuan itu Ahad lalu.

"Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan jika sesiapa ada terjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Hidayah diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2017 @ 8:28 PM