Lizam Ridzuan


HONG Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, pengedar dan pemasang motosikal jenama Yamaha di Malaysia melancarkan skuter terbaru Yamaha NVX, hari ini.

Dijana dengan enjin Blue Core 155cc sejukan cecair, empat lejang, SOHC, model ini juga diberi penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang pertama untuk Yamaha di negara ini akan mula berada dalam pasaran pada hujung bulan ini.

Pengarah Urusannya Datuk Jim Khor berkata, model skuter berkenaan dilengkapi dengan pelbagai ciri terkini seperti skrin meter digital bersaiz 5.8 inci, sistem brek anti-kunci (ABS), pengecas telefon dan kunci pintar.

"Ia juga dilengkapi sistem ‘start & stop’ yang berfungsi apabila berhenti untuk penjimatan bahan api," katanya ketika majlis pelancaran di Kuala Lumpur.

Skuter berkenaan ditawarkan dalam tiga warna iaitu biru, merah dan hitam pada harga RM10,500 dengan setahun jaminan atau 10,000 kilometer yang mana lebih awal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 10:10 PM
Khor (tengah) melancarkan skuter terbaru Yamaha NVX. FOTO Lizam Ridzuan
Khor (tengah) melancarkan skuter terbaru Yamaha NVX. FOTO Lizam Ridzuan