STOR surau yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
STOR surau yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Aizat Sharif


STOR surau di Taman Kenanga, Jitra, musnah dalam kebakaran, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1.55 tengah hari ketika jemaah surau berkenaan baru sahaja selesai menunaikan solat Zuhur.

Jurucakap bomba berkata, lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra tiba di tempat kejadian pada 2.06 petang selepas menerima panggilan kecemasan, kira-kira 2 petang.

"Anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati stor yang terletak di sebelah masjid berkenaan sudah hampir 90 peratus dijilat api.

"Api bagaimanapun berjaya dikawal sepenuhnya pada 3.11 petang dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya kepada Harian Metro.

Punca dan kerugian masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Jun 2017 @ 4:30 PM