Keadaan premis penyimpanan tayar dan minyak yang sedang terbakar. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Keadaan premis penyimpanan tayar dan minyak yang sedang terbakar. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


STOR penyimpanan tayar dan tong minyak di Jalan Kebun Jimah, Port Dickson terbakar hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, S Maniam berkata, bomba menerima panggilan 1.05 tengah hari sebelum sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pihaknya turut menerima bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang serta Seremban 2 dengan 18 anggota.

“Kebakaran membabitkan premis menyimpan tayar dan tong minyak yang masih belum dikenal pasti isi kandungannya. Sebaik bomba tiba, api sedang marak dan asap tebal.

“Api tidak dapat dipadam menggunakan punca air kerana berlaku beberapa tindak balas letupan yang kuat. Kita mengubah cara pemadaman dengan menggunakan buih,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Maniam berkata, usaha memadamkan kebakaran giat dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 6:09 PM