KHALID Abu Bakar. FOTO arkib NSTP
KHALID Abu Bakar. FOTO arkib NSTP
Kalidevi Mogan Kumarappa


KETUA Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui mengenali suspek utama, Gopi yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di Melaka.

Ketika diminta mengulas laporan Sarawak Report yang mengaitkan Khalid dan ahli keluarganya dengan Gopi, beliau mengakui memang mengenali suspek malah ahli keluarganya rapat dengan suspek.

"Memang dia mengenali saya dan ahli keluarga tetapi jika dia melakukan sesuatu yang haram, dia perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Ramai yang mempunyai nombor dan menghubungi saya namun ada di antara mereka yang saya tidak kenal. Saya tidak boleh kawal perkara itu," katanya pada sidang media di Majlis Pelancaran Op Selamat 11 sempena Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut meminta Pengarang Sarawak Report Claire Brown untuk tampil mengemukakan bukti di sebalik semua dakwaan ke atas Khalid dan Polis Diraja Malaysia( PDRM) sejak bertahun lamanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2017 @ 12:19 PM