MOHD Ghazali  (kanan) melihat pekerjanya menyediakan murtabak.
MOHD Ghazali (kanan) melihat pekerjanya menyediakan murtabak.
Azahar Hashim


Kulim: Walaupun kebanyakan harga barang naik, Martabak Ekonomi Pak Ali yang dijual di bazar Ramadan Kelang Lama sejak 17 tahun lalu tetap mengekalkan harga RM1.

Pemiliknya, Mohd Ghazali Hussin, 47, berkata, dia menjalankan perniagaan martabak sejak 17 tahun lalu dan sehingga kini harganya tetap RM1.

Katanya, setiap tahun sepanjang Ramadan dia akan berniaga di bazar Ramadan Kelang Lama manakala pada hari biasa dia menjalankan perniagaannya di Pasar Awam Kulim dengan menjual roti canai serta martabak dengan harga RM1.

“Kebanyakan penduduk di kawasan ini mengenali saya kerana setiap hari berniaga di Pasar Awam Kulim menjual roti canai dan martabak manakala ketika Ramadan saya akan menjalankan perniagaan di bazar ini.

“Sejak 17 tahun lalu, harga martabak kekal RM1 dan tidak pernah berubah walaupun harga barangan kini meningkat kerana niat saya selain mendapat keuntungan ialah untuk membuat amal kepada orang ramai,” katanya di bazar Ramadan Kelang Lama, di sini, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Jun 2017 @ 12:58 AM