ANTARA pekerja rumah urut yang disyaki  menawarkan khidmat seks kepada pelanggan ditahan.
ANTARA pekerja rumah urut yang disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan ditahan.
Mohd Hasbi Sidek


Petaling Jaya: Layanan eksklusif hanya untuk pelanggan tetap sahaja. Itu modus operandi sindiket pelacuran yang terus berselindung di sebalik premis urutan kaki dan refleksologi di sekitar daerah ini.

Malah pelanggan khas terbabit turut diberikan keistimewaan untuk memilih wanita sama ada dari Vietnam, China, Kemboja atau Indonesia yang ditawarkan.

Difahamkan pemilik premis kebanyakannya di Dataran Mentari Bandar Sunway, di sini, amat berhati-hati ketika menjalankan operasi bagi mengelak diserbu pihak berkuasa.

Bagaimanapun kegiatan maksiat itu dibongkar sekali lagi apabila premis berkenaan diserbu anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor dalam Ops Noda, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sebanyak enam pusat refleksologi diserbu dalam operasi khas bermula jam 9 malam itu.

“Dalam serbuan berkenaan, seramai 45 individu membabitkan tukang urut, pekerja premis dan penjaga premis berusia 27 hingga 42 tahun ditahan.

“Kami turut menahan 15 wanita warga Vietnam, enam Thailand, tujuh China, dua Indonesia, masing-masing seorang dari Myanmar dan Kemboja yang dipercayai dijadikan pelacur,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas pelbagai barangan untuk melakukan hubungan seks seperti tuala, tisu, kondom, krim selain wang tunai.

Fadzil berkata, premis yang beroperasi di tingkat satu rumah kedai berkenaan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan pada kadar bayaran dari RM150 hingga RM200.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 6:14 AM