Azma Razana Johari


Bukit Mertajam: Beberapa pekerja warga asing bersembunyi di dalam longkang bagi mengelak daripada dicekup sepasukan penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di Pasar Pemborong Ikan, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, sebahagian daripada mereka terjun ke dalam longkang bagi mengelak ditangkap penguat kuasa.

Penolong Pengarah Imigresen negeri Khwaja Banthey Navaz Mohd Hanief berkata, dalam operasi di tiga lokasi berasingan itu, 25 lelaki dan tujuh wanita warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, antara ditahan ialah sembilan lelaki Myanmar, lapan lelaki Bangladesh, enam lelaki Thailand, masing-masing satu lelaki Pakistan dan Indonesia serta enam wanita Thailand dan seorang wanita Indonesia.

Katanya, operasi berkenaan dibuat di tiga lokasi berbeza iaitu di pasar borong Bukit Mertajam, pusat permainan simulator di Sungai Bakap dan pusat hiburan di Bayan Lepas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 9:41 AM
ANGGOTA imigresen memeriksa warga asing.
ANGGOTA imigresen memeriksa warga asing.