PENOLONG Pengarah Kanan Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Zawawi Hussin (kiri) menyampaikan sumbangan dan risalah kepada pengguna jalan raya.
PENOLONG Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Zawawi Hussin (kiri) menyampaikan sumbangan dan risalah kepada pengguna jalan raya.

Kuala Lumpur: Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina, sebanyak 1,000 risalah keselamatan dan pek minuman diedarkan kepada pengguna jalan raya oleh Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) di Plaza Tol Sungai Besi di sini, semalam.

Presiden Kebangsaan PPPM, Datuk Mohd Firdaus Abdullah berkata, Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina itu dilaksanakan bagi memberi kesedaran mengenai keselamatan dan nyawa insan tersayang.

“Setiap kali musim perayaan, statistik kemalangan akibat kecuaian membimbangkan dan kempen ini diadakan sebagai langkah awal bagi mengingati pengguna jalan raya mengenai bahaya kecuaian ketika memandu,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Sungai Besi arah utara di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 5:52 AM