KAMARUDDIN menaiki motosikal Kawasaki Z250 sambil disaksikan Pengerusi Persatuan Pengedar Motorsikal & Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong (kanan), Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd, Datuk Jeffrey Lim ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2020. FOTO AIZUDDIN SAAD
KAMARUDDIN menaiki motosikal Kawasaki Z250 sambil disaksikan Pengerusi Persatuan Pengedar Motorsikal & Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong (kanan), Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd, Datuk Jeffrey Lim ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2020. FOTO AIZUDDIN SAAD
Lizam Ridzuan


KAWASAKI Motor Malaysia (KMSB) mengajurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya KMSB Kawasaki 2020 yang diadakan di Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan hari ini.

Kempen penganjuran tahun ke-4 ini diadakan bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi dengan tema “Utamakan keselamatan, elakkan menggunakan telefon bimbit semasa menunggang”.

Pengerusi Eksekutif KMSB Ahmad Faez Tan Sri Yahaya berkata setiap tahun kadar kemalangan jalan raya akan meningkat terutama menjelang musim perayaan atas faktor kenderaan yang bertambah dari masa ke masa.

“Sebagai syarikat pengeluar motosikal di negara ini, kami mengambil inisiatif dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan memberi pendedahan akan kempen seperti ini dalam membantu mengurangkan statistik kemalangan dan perlanggaran di jalan raya,” katanya ketika pelancaran kempen pagi tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Sri Shaharuddin Khalid, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Mohd Nasri Ishak dan Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA) Wee Hong.

Seperti tahun sebelumnya, kempen keselamatan kali ini memberi fokus kepada pemeriksaan 16 bahagian motosikal secara percuma untuk semua jenama yang dilakukan oleh juruteknik-juruteknik KMSB yang terlatih.

Juga Booth pameran oleh rakan niaga dan agensi kerajaan juga disediakan untuk pengunjung selain menukar topi keledar lama kepada yang baru dan penyediaan jaket keselamatan bergantung kepada jumlah stok yang tersedia.

Kempen Keselamatan Jalan Raya KMSB Kawasaki ini berlangsung selama satu hari bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 4:41 PM