MOHD  Isa  melawat pesakit buah pinggang di Hemodialisis Mawar selepas majlis penyampaian kerusi roda, semalam.
MOHD Isa melawat pesakit buah pinggang di Hemodialisis Mawar selepas majlis penyampaian kerusi roda, semalam.

Kuala Lumpur: “Saya yakin siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas FELDA adalah sesuatu yang perlu untuk ‘membersihkan’ agensi ini,” kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau menegaskan, tindakan SPRM itu selaras usaha agensi terbabit menjalankan urus tadbir telus dan berintegriti.

Katanya, agensi itu juga menyokong usaha pihak berkuasa terbabit dalam membanteras salah laku berkaitan rasuah.

“FELDA akan berikan kerjasama terbaik bagi membantu siasatan dijalankan dalam Ops Caviar,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Shahrir berkata, pada Mac 2015 agensi itu membuat keputusan melantik juruaudit luar untuk mengkaji semula kedudukan ke atas projek penternakan ikan Sturgeon.

Katanya, antara penemuannya ialah ketidakpatuhan kepada manual dasar dan strategi pelaburan FELDA, kelemahan tadbir urus dan kelemahan pelaksanaan serta pemantauan projek.

“Pada 2016, Jabatan Audit Negara mengaudit aktiviti FELDA dan penemuan audit seperti Laporan Ketua Audit Negara 2015 Sesi 2 dan susulan itu, SPRM membuka siasatan ke atas subsidiari agensi berkenaan membawa kepada penahanan beberapa individu, kelmarin,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 5:47 AM