FATIMAH menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan sempena Tahun Baru Cina di Miri.
FATIMAH menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan sempena Tahun Baru Cina di Miri.
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Penentuan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu yang ditinggalkan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem akan dibincangkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sabtu ini.

Timbalan Ketua Wanita PBB, Datuk Fatimah Abdullah berkata, perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PBB, selain parti turut membincangkan kekosongan jawatan presiden parti.

Menurutnya, mengenai pemilihan calon PRK Dun Tanjung Datu, Ahli Majlis tertinggi PBB akan memilih calon sesuai untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

“Segala keputusan akan diumumkan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, atau Setiausaha Agung PBB, Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

“Seperti biasa perkara mengenai calon akan dilakukan secara perbincangan dan persetujuan bersama,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 150 penerima di Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 10:33 AM