SALBIAH membantu Muhammad Shahirul Amril membuat persiapan.
SALBIAH membantu Muhammad Shahirul Amril membuat persiapan.
D J Dolasoh


Lenggong: Suami isteri yang hanya meraih pendapatan hasil menoreh getah berasa bersyukur apabila amalan menabung yang dibuat mereka sedikit sebanyak dapat membantu dalam urusan persiapan musim baharu persekolahan tiga anak mereka yang akan bermula Selasa ini.

Salbiah Mohd Shah, 54, dari Kampung Chepor di sini, berkata musim hujan ketika ini menyebabkan kerja menoreh tidak dapat dilakukan namun wang disimpan membolehkannya berbelanja lebih RM1,000 bagi membuat persiapan persekolahan anak-anaknya.

“Memang kami kini ‘sesak’ sebab hanya bekerja mengambil upah menoreh getah jiran seluas satu hektar bersama suami, Mohd Zahari Baki, 57, dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

“Bagaimanapun, kami tidak mahu ketinggalan membuat persiapan persekolahan anak-anak termasuk pendaftaran anak, Muhammad Shahirul Amril, 13, ke Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad (SMKDA) ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 6:03 AM