CARLSSON menahan kesakitan akibat kaki tersangkut pada besi longkang.
CARLSSON menahan kesakitan akibat kaki tersangkut pada besi longkang.
myMetro

Kuala Kubu Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menahan kesakitan 30 minit apabila kaki kanan tersepit pada besi longkang di hadapan rumah di Taman Seruling, di sini.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa, Carlsson Changgai Anak Cundang sedang bermain bersama rakan.

Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba yang memotong besi longkang itu untuk mengeluarkan kaki mangsa.

Carlsson yang ditemui berkata, dia tidak menyedari terdapat lubang pada besi longkang ketika sedang berlari mengejar belon.

“Saya cuba menarik keluar kaki namun lutut berasa sakit. Saya segera menjerit meminta bantuan keluarga,” katanya.

Ibunya, Masysianna Anak Sumpang, 33, berkata, dia berterima kasih kepada anggota bomba yang bertindak pantas menyelamatkan anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 8:43 AM