tonton

Kuala Lumpur: Portal video, tonton menawarkan akses kepada tonton VIP secara percuma menerusi tebusan kod khas dalam akhbar Harian Metro, Rabu ini.

Pembaca hanya perlu dapatkan akhbar Harian Metro pada 31 Ogos 2016 dan tebus kod VIP itu sebelum 10 September 2016.

Kod tersebut boleh ditebus mengikuti langkah-langkah mudah di bawah:

1. Dapatkan akhbar Harian Metro pada 31 Ogos 2016.

2. Tebus kod VIP tonton yang berada di muka hadapan Harian Metro. (Perhatikan pelekat dengan wajah Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan).

3. Tebus kod VIP sebelum 10 September 2016 untuk akses secara PERCUMA di tonton.

Pengguna tonton yang sudah berdaftar juga boleh ‘upgrade’ keahlian mereka ke tonton VIP menggunakan kod ini.

Faedah tonton VIP

1. tonton VIP menawarkan akses ke arkib penuh tonton yang mempunyai lebih 23,000 jam drama, filem dan banyak lagi.

2. Drama dan rancangan eksklusif hanya di tonton. Saksikan drama di tonton sebelum siaran televisyen.

3. Tanpa video iklan.

4. Muat turun rancangan kegemaran di telefon pintar dan tonton secara offline menerusi aplikasi terbaru tonton untuk Android dan iOS.

5. Siaran televisyen secara online (TV3, 8TV, ntv7, TV9) dan saluran siaran langsung (Liga Super Malaysia, NHK World, DW) serta banyak lagi.

6. Live streaming acara eksklusif seperti konsert dan majlis anugerah.

7. Bakal mendapat layanan VIP oleh rakan kongsi tonton. Contohnya, ketika di majlis eksklusif yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad.

Istimewa di tonton Merdeka ini

Anda boleh #merdekaMacamVIP dengan program yang dibawakan khas:

Cinta Roller Coaster

Dibintangi Puteri Aishah dan Syazwan Zulkifly, drama romantik komedi mengisahkan pasangan kekasih dari zaman sekolah yang akhirnya berkahwin. Walaupun saling mencintai, mereka akhirnya bergaduh dan bercerai.

Demi merahsiakan penceraian tersebut daripada pengetahuan ibu bapa, mereka tinggal bersebelahan rumah.

Banyak perkara lucu terjadi kerana rahsia tersebut. Nak tahu? Tengok di tonton sebelum siaran TV.

It’s A Date (Eksklusif di tonton sahaja)

Rancangan realiti yang mengikuti selebriti tempatan dalam menjalani kehidupan harian mereka. Selebriti terlibat termasuk Mia Ahmad, Soo Wincci, Fattah Amin, Keith Foo, Adib Khalid, pemilik jenama PU3 dan ramai lagi.

Saksikan rutin kerja mereka, apa yang mereka lakukan di rumah, selongkar almari mereka di tonton bermula 31 Ogos!

Secret Lover

Dibintangi pelakon Jeffrey Cheng serta Yise Loo, drama Mandarin mengisahkan Tang Yuan Man (Yise) yang berasal dari keluarga kaya. Yuan Man lari daripada rumah setelah bergaduh dengan ibu tirinya.

Salah faham terjadi kerana dia merahsiakan identitinya sebagai seorang kaya, menambahkan konflik bersama keluarga serta teman lelakinya, Yew Hai Long (Jeffrey).

Dia juga terbabit dengan seorang suspek kes bunuh.

Apa yang terjadi kepada Yuan Man sebenarnya? Ketahui jawapannya di tonton terlebih dahulu! Saksikan sebelum siaran TV.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 5:27 AM