ADUN Nenggiri Datuk Mat Yusoff Ab Ghani (kiri) melawat Maskah Ab Kadir, 37, isteri kepada Zarani Abdullah Zawawi yang hilang mencari kayu kemuning.
ADUN Nenggiri Datuk Mat Yusoff Ab Ghani (kiri) melawat Maskah Ab Kadir, 37, isteri kepada Zarani Abdullah Zawawi yang hilang mencari kayu kemuning.
myMetro

Kota Bharu: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan terhadap rangka ditemui di Hutan Simpan Nenggiri dekat Pos Pulat, Gua Musang, Sabtu lalu dijangka diketahui minggu depan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, keputusannya mungkin diperoleh lebih awal jika Jabatan Kimia Malaysia memprosesnya segera berdasarkan keperluan mendesak kes itu.

“Rangka berkenaan menjalani proses bedah siasat dulu di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebelum dihantar ke Jabatan Kimia di Selangor.

“Kita jangka minggu depan keputusan diperoleh kerana ketika ini difahamkan ia sedang menjalani ujian DNA.

“Mungkin juga boleh ketahui keputusan segera berikutan keperluan mendesak kes. Kita tunggu saja,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Pada jam 1.45 tengah hari Sabtu lalu, petugas mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki yang hilang di hutan dekat Pos Pulat, Gua Musang menemui rangka manusia dalam rekahan batu di bawah bukit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 6:03 AM