Ismail Sabri (kanan) melihat gambar tapak projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar.
Ismail Sabri (kanan) melihat gambar tapak projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar.
Fuad Hadinata YaacobHairulazim Mahmud dan Muhammad Saufi Hassan dan Siraj Mohd Zaini

Sungai Besar: Felcra Bhd mengumumkan dividen interim RM74.78 juta untuk diagihkan kepada 112,000 pesertanya di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan dividen berkenaan berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu RM65 juta.

“Setiap peserta menerima RM400 bagi setiap 0.4 hektar tanah dimiliki,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Pemimpin Bersama Peserta FELCRA Bhd di Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya, Sungai Panjang di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi FELCRA Datuk Bung Mukhtar Radin.

Ismail Sabri berkata, peningkatan dividen itu disebabkan harga kelapa sawit tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu.

Katanya, mereka boleh menerima sehingga RM4,000 sekiranya mempunyai tanah sehingga empat hektar.

“Agihan keuntungan interim pertama itu daripada 963 projek yang dijalankan,” katanya lagi.

Beliau berkata, keuntungan hasil ladang dibayar tiga kali setahun itu lazimnya dibuat pada Aidilfitri, permulaan sekolah dan sebelum akaun ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Jun 2016 @ 7:25 AM