MOHD Shafie yakin BN menang Sarawak.
MOHD Shafie yakin BN menang Sarawak.
myMetro

Gurun: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, melahirkan keyakinan parti komponen Barisan Nasional (BN), mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 di bawah kepemimpinan Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.

Mohd Shafie berkata, ketokohan Adenan yang juga melaungkan kata-kata ‘Sarawak untuk Sarawak’ selain menuntut hak autonomi Sarawak menjadi tarikan kepada rakyat negeri itu.

“Saya yakin BN akan menang, namun faktor utama kemenangan bukanlah daripada soal pembangunan semata-mata kerana masih ada kampung yang tiada bekalan air, jalan perlu dibaiki dan rumah panjang perlu dibaiki.

“Namun kemenangan ini kerana faktor Adnan Satem sendiri menuntut hak autonomi Sarawak, hak royalti minyak, penjawat awam bagi jawatan tertentu dalam kalangan rakyat negerinya yang menjadi tarikan utama dan penyebab pengundi akan memilih BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pemimpin bersama akar umbi, di sini, semalam.

Sarawak kini menjadi perhatian pemerhati politik tanah air kerana PRN ke-11 diadakan tidak lama lagi bagi merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah, PRN kali ini juga boleh dianggap signifikan di atas dua faktor iaitu pertama kali diterajui oleh Adenan selepas menjadi Ketua Menteri dan diadakan di bawah persempadanan semula bahagian pilihan raya yang

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 9:32 AM