ADENAN Satem (tiga kanan) ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu 2016. FOTO Bernama
ADENAN Satem (tiga kanan) ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu 2016. FOTO Bernama
Oleh Abd Rahman Adam


Kuching: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberitahu Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) akan diadakan dalam tempoh tiga bulan lagi.

Justeru katanya, sudah tiba masanya rakyat menunaikan janji mereka menyokong Barisan Nasional (BN) kerana beliau sudah menunaikan janji termasuk pemansuhan tiga tol di negeri ini.

"Beri saya peluang lima tahun lagi, sekali gus menunaikan janji demi keamanan dan kemakmuran Sarawak.

"Tidak sampai dua tahun saya sebagai Ketua Menteri, sebanyak 45 ke 50 keputusan berkenaan pelbagai perkara bagi manfaat rakyat dan negeri sudah ditunaikan termasuk penurunan tarif elektrik, penggunaan kalimah Allah dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Tahun Baharu 2016 dan Pengiraan Detik Sarawak Bebas Tol di Tol Jambatan Tun Datuk Patinggi Abang Mohammad Salahuddin hari ini.

Sementara itu, Adenan turut mengumumkan calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok adalah Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, DUN Pantai Damai (Dr. Abdul Rahman Junaidi), DUN Samariang (Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali dan DUN Tanjung Datuk Adenan Satem.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2016 @ 10:32 AM