Banjir kilat menjejaskan kediaman penduduk di Kuching.
Banjir kilat menjejaskan kediaman penduduk di Kuching.

Taburan hujan luar biasa sebanyak 300 milimeter (mm) di bandar raya ini sejak awal pagi semalam, mengakibatkan banjir kilat dan menenggelamkan beberapa kawasan di Kuching dan Padawan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Chok Moi Soon berkata, hujan luar biasa diikuti masalah perparitan di beberapa kawasan menyebabkan banjir kilat
di bandar raya itu.

Menurutnya, stesen taburan hujan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 308 mm, manakala di Batu Tiga, Kampung Nelayan Bako dan Saberkas, mencatatkan bacaan antara 200 hingga 242 mm.

“Taburan hujan sebanyak 300 mm ini masih boleh diterima, tetapi sistem perparitan di bandar ini tidak dapat menampung lebihan air hujan.

“Sistem perparitan terutama longkang di bandar ini direka bentuk untuk tempoh lima tahun dan hanya mampu menampung air hujan antara 150 hingga 180mm,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 9:13 AM