KAMPUNG Sinar Budi yang dilanda banjir kilat. FOTO ihsan bomba
KAMPUNG Sinar Budi yang dilanda banjir kilat. FOTO ihsan bomba
KAMPUNG Sinar Budi yang dilanda banjir kilat. FOTO ihsan bomba
KAMPUNG Sinar Budi yang dilanda banjir kilat. FOTO ihsan bomba
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Kuching: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di bandar ini dilanda banjir kilat.

Setakat 8.40 pagi tadi, hanya lima keluarga di Jalan Demak, Petra Jaya berpindah ke rumah saudara berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, antara kawasan yang terjejas teruk setakat ini ialah Kampung Sinar Budi dan Simpok, Padawan.

"Setakat ini tiada pemindahan di dua kampung ini. Banjir kilat mula berlaku 4 pagi tadi dengan beberapa kawasan mula surut.

"Bagaimanapun, pemantauan terus dilakukan kerana hujan masih berterusan dengan beberapa tempat rendah terus dinaiki air," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 9:28 AM