MANGSA banjir yang menikmati minum petang  di Pusat Pemindahan Balai Raya Kampung Parit Mahang.
MANGSA banjir yang menikmati minum petang di Pusat Pemindahan Balai Raya Kampung Parit Mahang.
MANGSA banjir, Muhd Alif Baharin   mengalihkan sofa yang rosak ditenggelami air.
MANGSA banjir, Muhd Alif Baharin mengalihkan sofa yang rosak ditenggelami air.
KUSHAURY Majid membersihkan halaman rumah yang dilanda banjir lumpur.
KUSHAURY Majid membersihkan halaman rumah yang dilanda banjir lumpur.
Oleh Siraj Mohd Zaini dan Suzaini Sulaiman


Shah Alam: Seramai 222 mangsa banjir membabitkan 64 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di negeri ini sehingga jam 7 malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, semua pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Kuala Selangor manakala di daerah lain ditutup secara berperingkat-peringkat sejak petang semalam.

Mohd Sani berkata, dua pusat pemindahan di Dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru serta Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Kapar, Klang ditutup sepenuhnya jam 4 petang semalam.

Menurutnya, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Genting Sanyen, Kuala Langat juga ditutup sepenuhnya jam 6 petang semalam.

“Jumlah tertinggi dicatatkan di Balai Raya Kampung Parit Mahang, Kuala Selangor dengan seramai 115 mangsa daripada 33 keluarga diikuti Surau Ladang Tuan Mee dan Sekolah Rendah Pasangan seramai 83 mangsa daripada 23 keluarga.

“Balai Raya Kampung Bukit Kuching pula menempatkan 24 mangsa daripada lapan keluarga yang masih terkandas di daerah Kuala Selangor,” katanya.

Mohd Sani berkata, bomba melakukan pemantauan 24 jam bagi memastikan situasi banjir terkawal di seluruh negeri itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2015 @ 7:13 AM