MENTERI Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur bersama  kanak-kanak yang dikhatankan pada Program Khatan Beramai-Ramai 2015 di Kementerian Wilayah Persekutuan, semalam.

KANAK-KANAK yang menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai 2015 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO dan MAIWP di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, semalam.
KANAK-KANAK yang menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai 2015 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO dan MAIWP di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, semalam.
REAKSI kanak-kanak yang berkhatan dalam program anjuran SK Ampangan.
REAKSI kanak-kanak yang berkhatan dalam program anjuran SK Ampangan.
Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: “Sakit sedikit saja dan saya gembira kerana selepas ini boleh berada di saf hadapan untuk bersolat,” kata Amir Iman Hairuddin, 11, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ampangan, di sini yang berkhatan pada Program Khatan Perdana di sekolah itu, semalam.

Amir Iman berkata, dia tidak gentar dikhatankan dalam program berkenaan.

Menurut murid dari kelas Lima Cemerlang itu, dia gembira apabila kini melangkah ke alam baru selepas dikhatankan.

Program itu anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah membabitkan 29 murid.

Program dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan Datuk Abu Ubaidah Mohd Redza. Hadir sama Yang Dipertua PIBG sekolah, Razak Hamid.

Sebelum itu, semua peserta diceriakan apabila menerima semburan air menggunakan pili bomba oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Rahang, di sini.

Kata Amir Iman, walaupun gentar didekati doktor, dia menguatkan semangat tambahan pula menerima nasihat dua abang berusia 15 dan 17 tahun.

“Abang cakap sakit bersunat seperti digigit semut dan saya percaya. Sewaktu dikhatan, memang betul seperti kena gigit semut,” katanya

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang juga pengerusi penganjur, Zalihar Udin bersyukur program dirancang berjalan lancar.

Katanya, kali terakhir program itu diadakan adalah empat tahun lalu.

“Seramai 29 peserta selamat dikhatankan dan mereka berusia antara enam hingga 11 tahun,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 6:47 AM