POLIS Jerman melancarkan gerakan di Aachen, semalam dalam usaha membongkar sel pengganas.
POLIS Jerman melancarkan gerakan di Aachen, semalam dalam usaha membongkar sel pengganas.

Tiada petunjuk atau petanda ditemui pihak berkuasa mendakwa anggota militan Negara Islam (IS) memasuki Jerman untuk melakukan serangan.

Presiden Polis Persekutuan Bundeskriminalamt (BKA) Holger Muench berkata demikian sebagai reaksi terhadap dakwaan dasar pintu terbuka terhadap pelarian akan menimbulkan risiko keselamatan.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan Jerman juga diserang kumpulan militan radikal Islam, namun mendakwa tiada tanda serangan akan berlaku setakat ini.

“Wujud tahap ancaman yang perlu diberi perhatian serius, tetapi kita tidak mempunyai tanda konkrit perancangan untuk serangan.

“Setakat ini, kami tidak ada petunjuk pengganas memasuki Jerman bagi mencari suaka sebagai persediaan membuat serangan,” katanya.

Holger berkata, 10 pendatang kini disiasat pihaknya berkemungkinan terbabit dalam peperangan atau jenayah perang di negara lain. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 5:57 AM