NAJIB  bersama  Rosmah  beramah mesra  ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali MAICCI 2015.
NAJIB bersama Rosmah beramah mesra ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali MAICCI 2015.
ORANG ramai membanjiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan Kuil Batu Caves, Gombak.
ORANG ramai membanjiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan Kuil Batu Caves, Gombak.
 PELANCONG mengambil kesempatan melihat dengan lebih dekat pakaian tradisional India.
PELANCONG mengambil kesempatan melihat dengan lebih dekat pakaian tradisional India.
PENARI kebudayaan  bersama  pelancong pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk  di Little India, Brickfields.
PENARI kebudayaan bersama pelancong pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk di Little India, Brickfields.
SEBUAH keluarga merayakan Deepavali dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pelbagai bangsa  di Telok Gadong, Klang.
SEBUAH keluarga merayakan Deepavali dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pelbagai bangsa di Telok Gadong, Klang.
Oleh Fakhrurrazi Uuldin
fakhrurrazi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kemeriahan sambutan Deepavali turut diraikan semua kaum dalam suasana harmoni di seluruh negara semalam.

Di ibu negara, orang ramai mengambil kesempatan mengunjungi beberapa majlis rumah terbuka yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Rumah terbuka Deepavali anjuran Parti MIC di Batu Caves yang bermula jam 11 pagi turut dihadiri Najib dan Rosmah bersama ribuan pengunjung berbilang kaum dan pelancong asing.

Seterusnya, kemeriahan Deepavali turut dirasai di majlis rumah terbuka anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Little India, Brickfields pada tengah hari semalam.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 10,000 hadirin pelbagai bangsa itu, Najib menyempurnakan acara menyala lampu atau ‘Kuthu Velukku’ sebelum memotong kek sempena perayaan berkenaan.

Di Pulau Pinang, sejak awal pagi ratusan penganut Hindu membanjiri Kuil Sri Skhakti di Solok York, Georgetown.

Penganut Hindu turut membanjiri Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Kemunting, Kuantan, Pahang dengan menggayakan pakaian tradisi mereka yang dihiasi pelbagai warna.

Sementara itu, di pusat bandar Klang, kemeriahan Deepavali turut kelihatan di sepanjang Jalan Tengku Kelana yang terkenal dengan jolokan nama ‘Little India’ oleh penduduk setempat.

Di Sabah pula, parti MIC cawangan Kota Kinabalu turut mengadakan majlis rumah terbuka Deepavali yang dihadiri pelbagai kaum dan masyarakat setempat.

Manakala di Sarawak, ratusan penganut Hindu membanjiri Kuil Sri Maha Marimman di Jalan Rock, Kuching.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 6:46 AM