MOHD Tahir menunjukkan gambar kenangan beliau di awal pembentukan Malaysia.
MOHD Tahir menunjukkan gambar kenangan beliau di awal pembentukan Malaysia.
Oleh Ardyhansah Amat

Papar: “Bahawasanya oleh kerana suatu Perjanjian yang diperbuat pada 9 Julai 1963 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura, maka dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa Persekutuan itu hendaklah dinamakan Malaysia.

“Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalam Perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah Negeri itu; ....”

Itu antara kandungan keramat pemasyhuran Malaysia yang dibacakan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada pagi 16 September 1963, 52 tahun lalu.

Termeterainya ungkapan berkenaan yang disambut dengan sorakan ribuan rakyat yang hadir ketika itu menjadi bukti pembentukan kerajaan Raja berpelembagaan berasaskan demokrasi berparlimen.

Kejayaan pembentukan Malaysia pada 1963 bukan satu perkara yang mudah dan berjaya dilakukan dalam sekelip mata apabila ia turut mendapat pelbagai persepsi berbeza daripada rakyat berbilang kaum.

Itu antara rintangan yang dihadapi pemimpin masyarakat tempatan seperti Datuk Pengiran Mohd Tahir Nasruddin, 96, ketika mula-mula memperkenalkan idea pembentukan Malaysia kepada penduduk di Bongawan, Papar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 9:21 AM