NOOR Hasni memasang Jalur Gemilang pada keretanya di Teluk Air Tawar, semalam.
NOOR Hasni memasang Jalur Gemilang pada keretanya di Teluk Air Tawar, semalam.
Oleh Zulfa Mohamad


Butterworth: “Biar kereta buruk, janji patriotik,” kata peniaga kedai makan, Noor Hasni Saad yang memasang Jalur Gemilang memenuhi keretanya di Teluk Air Tawar, dekat sini, semalam.

Noor Hasni, 48, yang juga bekas tentera tidak mahu melepaskan peluang setiap kali sambutan Bulan Kemerdekaan dan membuat sesuatu yang unik sebagai simbol patriotik dan cintakan negara.

Selain Mitsubishi Galant dipenuhi Jalur Gemilang, dia turut mempunyai pakaian Jalur Gemilang yang akan dipakai ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-58 pada 31 Ogos ini.

“Saya sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk membeli Jalur Gemilang dan dipasang pada kereta kerana mahu turut sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

“Sebagai bekas tentera, itu saja yang mampu dilakukan sebagai simbolik cintakan tanah air ketika negara lain bergolak dan berbunuhan sesama sendiri,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:22 AM