BENDERA dipasang di sekeliling pagar sekolah. FOTO Roselan Ab Malek
BENDERA dipasang di sekeliling pagar sekolah. FOTO Roselan Ab Malek
Roselan Ab Malek


Jerantut: Walaupun Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling terletak jauh di pedalaman tetapi ia tidak mematahkan semangat guru di sekolah itu untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah.

Guru Besar Abdul Manaf Mat berkata, walaupun tiada murid, guru sekolah ini tetap bersemangat untuk mengibarkan bendera di kawasan sekolah kerana menjadi budaya sejak dahulu.

"Walaupun tahun ini sambutan bulan kemerdekaan agak suram kerana ketiadaan murid tetapi pihak sekolah tetap menyambutnya dengan meletakkan Jalur Gemilang di sekeliling pagar sekolah.

"Sekurang-kurangnya suasana bulan merdeka tetap disambut meriah kerana kebanyakkan murid di sini tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah dan mereka akan turut merasainya," katanya.

Beliau berkata, pengibaran Jalur Gemilang secara tidak langsung mengajak orang di sekeliling untuk turut menjiwai erti kemerdekaan serta meningkatkan semangat patriotisme.

"Dalam masa yang sama guru sekolah ini akan turut mengadakan sambutan bulan kemerdekaan secara dalam talian seperti pertandingan melukis Jalur Gemilang, pertandingan sajak patriotik, nyanyian lagu patriotik dan menulis karangan.

"Kita mengharapkan penyertaan aktif murid untuk memperkasa bulan kemerdekaan dapat menanam semangat patriotik walaupun dilaksanakansecara dalam talian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 11:11 AM