SEBAHAGIAN daripada  lapan pelajar dari Nagasaki, Jepun di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Masjid Tanah.
SEBAHAGIAN daripada lapan pelajar dari Nagasaki, Jepun di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Masjid Tanah.

Alor Gajah: Lapan pelajar dari Bandaraya Sakai, Nagasaki, dan Kyushu, Jepun yang menyertai program pertukaran pelajar, di sini, berazam kembali ke Malaysia untuk menikmati keunikan budaya.

Bukan itu saja, mereka juga tertarik dengan keindahan alam semulajadi dan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, terutama di Melaka.

Membulatkan lagi tekad mereka, lapan pelajar itu berkata, mahu mendapatkan pekerjaan yang baik selepas tamat pembelajaran dan mengumpul wang untuk kembali ke Melaka pada masa depan.

“Kami amat tertarik dengan kekayaan budi bahasa rakyat Melaka dan layanan baik yang diberikan sepanjang empat hari kami berada di negeri ini,” kata Pengetua Sekolah Seihi-Kita, Bandaraya Sakai, Miyanaga Kenji semalam.

Beliau berkata, hasrat itu dinyatakan sendiri pelajarnya yang keberatan pulang semula ke Jepun kerana belum puas mengenali pelbagai budaya masyarakat tempatan.

Miyanaga mengiringi lima pelajar perempuan serta tiga lelaki yang menyertai program pertukaran pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 9:19 AM