Minori  (kanan) memetik buah rambutan bersama ibu angkatnya di Kampung Londang.
Minori (kanan) memetik buah rambutan bersama ibu angkatnya di Kampung Londang.

Alor Gajah: “Saya amat gembira dapat mengenali budaya masyarakat Melayu di negara ini lebih mendalam, tetapi rasa tidak puas kerana hanya berada empat hari di Melaka,” kata Minori Hirota, 13, seorang dari lapan pelajar sekolah dari Nagasaki, Kyushu, Jepun yang menyertai program pertukaran pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah, di sini.

Lima pelajar perempuan dan tiga lelaki berusia 13 tahun yang diiringi Pengetua Sekolah Seihi-Kita, Bandaraya Sakai di Nagasaki, Miyanaga Kenji itu juga mendapatkan pendedahan mengenai budaya dan cara hidup masyarakat Melayu apabila diberi peluang tinggal bersama keluarga angkat masing-masing di Masjid Tanah.

Minori yang tinggal bersama ibu angkatnya, Nur Suhaila Abdul, 39, di Kampung Londang, Masjid Tanah berkata, dia teruja apabila mendapat penerangan mengenai cara hidup masyarakat Melayu daripada keluarga angkatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 5:09 AM