Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur : Tindakan seorang pengawal keselamatan memukul isterinya pada pagi hari raya akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Nur A’aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Faizal Sohani, 40, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, Faizal didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Zalinah Kamaruddin, 40, di rumah mereka di Pantai Dalam, dekat sini, pada jam 11 pagi, 17 Julai lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 6:37 AM