KEITH Foo. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
KEITH Foo. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Oleh Nor Azura Abdul Jalil


Kuala Lumpur: Pelakon popular, Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik, Mac lalu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 32, dan memerintahkan pelakon drama bersiri Ariana Rose itu dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan bagi tujuan mengaibkan dan menghina iaitu: 'Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh' terhadap seorang anggota polis trafik.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan, dekat sini pada 4.30 pagi, 15 Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 1:28 PM