Muhammad Zariq ditenangkan datuknya Mohd Zali Abdul Rahman.
Muhammad Zariq ditenangkan datuknya Mohd Zali Abdul Rahman.
Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Kuala Krai: Kanak-kanak berusia lapan tahun yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapanya maut dalam kemalangan di Kampung Bunut dekat Machang pada 1 Syawal lalu dibawa ke FELDA Mempaga, Pahang untuk dipelihara datuk dan nenek sebelah arwah ibunya.

Muhammad Zariq Iskandar Irwan anak sulung kepada pasangan Irwan Mohd Zali, 33, dan Siti Khadijah Ibrahim, 33, dua daripada enam mangsa yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang bertembung di Kilometer 63, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, jam 5 petang.

Bapa saudara kanak-kanak itu, Mohd Hafiz Mohd Zali, 20, berkata, anak saudaranya itu bersekolah di tanah rancangan berkenaan dan tinggal bersama datuk dan nenek sebelah ibunya.

“Muhammad Zariq akan terus bersekolah di sana dan dijaga datuk dan neneknya. Dia setuju tinggal di sana kerana tidak mahu terus bersedih dengan kehilangan ibu bapa tersayang serta dua adiknya.

“Bagaimanapun, dia tetap pulang ke Kampung Hamzah, Kuala Krai untuk menziarahi pusara ibu bapa serta dua adiknya,” katanya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 6:21 AM