Antara kereta yang ditimpa pokok ketika ribut, semalam.
Antara kereta yang ditimpa pokok ketika ribut, semalam.
Oleh Norul Awatif Romli dan Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: “Saya sempat menundukkan kepala sebaik melihat ranting pokok diterbangkan angin dan dalam beberapa saat, dahan sebesar pemeluk menghempap bumbung kereta Nissan Almera yang ketika itu berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

“Ketika itu, saya rasa bagai mati hidup semula dan tidak berani mengangkat kepala, tetapi sempat menghubungi isteri dan bomba untuk meminta bantuan,” kata Hasnul Armi Hasbullah, 42.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, tiga kenderaan iaitu Nissan Almera, Nissan Sentra dan Proton Waja yang berhenti menunggu lampu isyarat di Lebuh raya Sultan Abdul Halim, di sini, rosak dihempap dahan pokok angsana di tepi jalan yang tumbang akibat ribut ketika hujan lebat.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan menyelamatkan diri dengan bantuan orang ramai tanpa sebarang kecederaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:15 AM