MOHD Ilham Rusdy (kiri) dan Mohd Azwan Sabri  menggunguli pertandingan akhir Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, malam tadi.
MOHD Ilham Rusdy (kiri) dan Mohd Azwan Sabri menggunguli pertandingan akhir Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, malam tadi.

Shah Alam: Kumpulan Chilok, muncul juara program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) 2015 selepas menewaskan tiga finalis di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Chilok yang dianggotai Chiwan dan Achok berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000.

Sepanjang sembilan minggu bersiaran, Chilok hanya menang sekali berbanding peserta lain dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Program yang disiarkan secara langsung di TV3 itu menampilkan pasangan pengacara Yana Samsuddin dan AG.

Semua finalis diadili tiga juri tetap iaitu Datuk Seri Vida, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Ajai.

Format pemarkahan adalah 50 peratus daripada juri, 30 peratus menerusi undian penonton dan 20 peratus daripada juri awam.

Selain Chilok tiga peserta lain yang berentap ialah Titan, Bocik dan Achey.

Achey diumum pemenang bagi kategori sketsa promosi produk Vida Beauty yang dimuat naik ke laman YouTube dan melayakkannya membawa pulang wang berjumlah RM5,000.

Titan mendapat tempat kedua dalam kategori sama dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000.

Kedua-dua pemenang dipilih pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 7:52 AM