ZIZAN  baru pulang dari Gold Coast, Australia selepas penggambaran drama bersiri Strawberi & Karipap.
ZIZAN baru pulang dari Gold Coast, Australia selepas penggambaran drama bersiri Strawberi & Karipap.
Oleh Wahi Aziz

Kuala Lumpur: Pelawak, pengacara dan pelakon terkenal Zizan Razak enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin mengatakan perkahwinannya dengan seorang gadis dikenali sebagai Edora yang dikatakan berlangsung bulan ini ditangguhkan.

Zizan atau Mohd Razizan Abd Razak, 31, berkata, dia mempunyai alasan peribadi untuk tidak bercerita mengenai ura-ura perkahwinan dengan gadis yang berasal dari Terengganu itu.

“Saya minta maaf tidak dapat komen apa-apa mengenai hal itu. Saya ada sebab yang terlalu peribadi membabitkan keluarga dan beberapa pihak lain untuk tidak bercerita lanjut.

“Tunggulah apabila tiba masa sesuai saya akan bercerita. Saya harap anda faham dan hormati situasi saya sekarang,” katanya.

B​aru-baru ini sumber Harian Metro menyampaikan perancangan hero Cicakman 3 itu untuk berkahwin dengan gadis berusia 24 tahun berkemungkinan ditangguhkan kerana beberapa hal peribadi yang perlu diselesaikan dalam keluarga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:44 AM